Terma Penggunaan
Dikemas kini: 5 November 2026
1. Tentang kami
Lakar Qalam (lakarqalam.com) menjual modul digital: komik sirah, modul kanak-kanak dan app pembelajaran. Semua produk dibaca dan digunakan dalam Ruang Ahli di akses.lakarqalam.com. Soalan: support@lakarqalam.com.
2. Pembelian dan bayaran
- Harga dipapar dalam Ringgit Malaysia (RM) sebelum anda membayar.
- Bayaran diproses oleh CHIP. Kami tidak menerima atau menyimpan nombor kad atau maklumat akaun bank anda.
- Akses diberi secara automatik selepas bayaran disahkan, dan email akses dihantar ke email pembelian.
- Semua produk ialah modul digital. Tiada barang fizikal dihantar.
3. Akses
- Log masuk di akses.lakarqalam.com dengan email pembelian dan kod yang kami hantar ke email itu.
- Produk yang dibeli kekal dalam akaun anda selagi perkhidmatan ini beroperasi. Kami boleh mengemas kini kandungan dari semasa ke semasa.
- Produk boleh disimpan untuk dibaca tanpa internet pada peranti anda.
4. Lesen penggunaan
- Pembelian memberi lesen peribadi kepada pemilik email pembelian dan keluarganya. Lesen ini tidak boleh dipindah.
- Anda tidak boleh menyalin untuk diedar, berkongsi akaun, menjual semula atau menerbitkan semula kandungan.
- Jika kandungan didapati tersebar, akses akaun berkaitan boleh ditutup tanpa pemulangan wang.
5. Jaminan wang dikembalikan
Wang anda dikembalikan jika anda memintanya dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian. Email support@lakarqalam.com dari email pembelian dengan nombor pesanan anda.
6. Program Sahabat
Sahabat Lakar Qalam mendapat komisen untuk jualan yang datang melalui pautan sendiri, ikut kadar yang dipapar di Portal Sahabat. Komisen untuk pesanan yang dipulangkan wangnya tidak dibayar. Kami boleh menolak permohonan atau menutup akaun Sahabat yang menyalahgunakan pautan.
7. Perubahan dan undang-undang
Kami boleh mengemas kini terma ini; tarikh di atas menunjukkan versi terkini. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.