Dasar Privasi
Dikemas kini: 5 November 2026
1. Maklumat yang kami kumpul
- Semasa membeli: nama, email dan nombor telefon, produk yang dipilih dan jumlah bayaran.
- Daripada CHIP: status dan rujukan bayaran. Kami tidak menerima nombor kad atau maklumat akaun bank anda.
- Semasa log masuk: email anda dan kod log masuk sekali guna.
- Dalam peranti anda: kemajuan bacaan, modul yang disimpan untuk offline dan tetapan app disimpan dalam pelayar anda.
- Sahabat Lakar Qalam: nama, email, nombor telefon, maklumat bank untuk bayaran komisen, dan Pixel Meta jika diisi.
- Pautan Sahabat: jika anda datang melalui pautan Sahabat, kod rujukan disimpan dalam cookie supaya jualan dikreditkan kepada Sahabat itu.
2. Kegunaan maklumat
- Memproses pesanan dan memberi akses kepada produk yang dibeli.
- Menghantar kod log masuk, email akses dan jawapan kepada pertanyaan anda.
- Mengira dan membayar komisen Sahabat.
Kami tidak menjual maklumat anda.
3. Pihak ketiga yang membantu kami
- CHIP: memproses bayaran.
- Convex: pangkalan data dan storan fail.
- Resend: menghantar email.
- Vercel: mengehos laman web.
- Meta Pixel: mengukur prestasi iklan di halaman jualan.
4. Tempoh simpanan
Maklumat akaun disimpan selagi anda memiliki produk dalam akaun. Rekod transaksi mungkin perlu disimpan lebih lama untuk tujuan perakaunan.
5. Hak anda
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman maklumat anda. Email support@lakarqalam.com dari email pembelian anda.
6. Perubahan
Kami boleh mengemas kini dasar ini; tarikh di atas menunjukkan versi terkini.